Sunday, April 27, 2014

PILIHAN

Pilihan adalah ditangan ANDA...
ANDA berhak memilih untuk berjaya atau sebaliknya!!!!!!!!!!!!



Semalam semasa hadir untuk meraikan Supervisor, Sr. Supervisor, Coordinator & Sr. Coordinator ada juga selingan daripada orang-orang yang telah berjaya dalam dunia Shaklee.

Mula-mula saya tidak berapa fokus apa yang disampaikan oleh mereka tetapi selepas saya pulang daripada program itu saya jadi terfikir apa yang sampaikan oleh salah seorang daripada mereka ada benarnya.

Kita sebenarnya memang mempunyai pilihan, pilihan terletak ditangan kita sama ada untuk berjaya atau sebaliknya. Apa yang membuatkan saya terfikir apabila beliau kerap berkata "Kita sebenarnya mempunyai pilihan" .

Kata-kata itu sering berlegar difikiran saya, pilihan saya sekarang dan yang utama adalah ingin suami sentiasa disisi. Suami yang selalu ada apabila saya memerlukan sokongan dan dorongan, jatuh bangkit saya sebab suami sayalah pendorong utama yang menyokong saya dalam bidang ini.

Memang betul apa yang dikatakan beliau kita mempunyai PILIHAN, pilihan senantiasa ada untuk kita. Kita pilih untuk hidup senang tapi dengan syarat kita berusaha hingga berjaya bukan hanya duduk saja jika ingin mendapat kepuasan diri.

Kita pilih sama ada untuk terikat atau kebebesan semasa berkerja. Bila terikat dengan kontrak pekerjaan kita terpaksa mengikut segala peraturan yang ditetapkan. Jika kita berkerja sendiri kita bebas menentukan waktu bila boleh memulakan kerja dengan seronoknya tanpa terikat dengan sesiapa.

Saya bersyukur kerana semalam saya dapat hadirkan diri ke program tersebut sedikit sebanyak ia telah membuka mata dan minda saya untuk berfikir. Berfikir untuk terus maju menuju kejayaan tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya kena pecut untuk mendapatkan yang terbaik untuk kami... 

InshaALLAH doakan saya kaya berjaya Dunia Akhirat disamping membantu orang yang memerlukan. Sedikit perkongsian ilmu yang diambil dari Welcome to Motivation and Recognation Rally semalam.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.