Sunday, April 27, 2014

PILIHAN

Pilihan adalah ditangan ANDA...
ANDA berhak memilih untuk berjaya atau sebaliknya!!!!!!!!!!!!



Semalam semasa hadir untuk meraikan Supervisor, Sr. Supervisor, Coordinator & Sr. Coordinator ada juga selingan daripada orang-orang yang telah berjaya dalam dunia Shaklee.

Mula-mula saya tidak berapa fokus apa yang disampaikan oleh mereka tetapi selepas saya pulang daripada program itu saya jadi terfikir apa yang sampaikan oleh salah seorang daripada mereka ada benarnya.

Kita sebenarnya memang mempunyai pilihan, pilihan terletak ditangan kita sama ada untuk berjaya atau sebaliknya. Apa yang membuatkan saya terfikir apabila beliau kerap berkata "Kita sebenarnya mempunyai pilihan" .

Kata-kata itu sering berlegar difikiran saya, pilihan saya sekarang dan yang utama adalah ingin suami sentiasa disisi. Suami yang selalu ada apabila saya memerlukan sokongan dan dorongan, jatuh bangkit saya sebab suami sayalah pendorong utama yang menyokong saya dalam bidang ini.

Memang betul apa yang dikatakan beliau kita mempunyai PILIHAN, pilihan senantiasa ada untuk kita. Kita pilih untuk hidup senang tapi dengan syarat kita berusaha hingga berjaya bukan hanya duduk saja jika ingin mendapat kepuasan diri.

Kita pilih sama ada untuk terikat atau kebebesan semasa berkerja. Bila terikat dengan kontrak pekerjaan kita terpaksa mengikut segala peraturan yang ditetapkan. Jika kita berkerja sendiri kita bebas menentukan waktu bila boleh memulakan kerja dengan seronoknya tanpa terikat dengan sesiapa.

Saya bersyukur kerana semalam saya dapat hadirkan diri ke program tersebut sedikit sebanyak ia telah membuka mata dan minda saya untuk berfikir. Berfikir untuk terus maju menuju kejayaan tanpa menoleh ke belakang lagi. Saya kena pecut untuk mendapatkan yang terbaik untuk kami... 

InshaALLAH doakan saya kaya berjaya Dunia Akhirat disamping membantu orang yang memerlukan. Sedikit perkongsian ilmu yang diambil dari Welcome to Motivation and Recognation Rally semalam.

Saturday, April 26, 2014

Assalamualaikum w.b.t

Kadang-kadang buntu berfikir cara untuk menambahkan pendapatan yang lebih selain gaji daripada kerja hakiki yang tidak seberapa. Tapi aku tetap bersyukur dengan rezeki yang ALLAH telah bagi kepadaku.


" ZON SELESA " yang membuatkan diriku bersikap sambil lewa terhadap perjuangan ku sekarang. Aku kena dan mesti keluar daripada ZON SELESA yang tidak selamat dan tiada kepastian status kedudukannya. 


Target yang sebenarnya adalah ingin menjadi WAHM ( Work At Home Mom) dan inginkan suami tercinta sentiasa berada disisi apabila diperlukan. Sesungguhnya perit setiap kali suami tiada disisi apabila pergi Menjemput Rezeki yang halal.

Biarpun dikala ini aku dan suami tidak lagi mempunyai cahaya mata, tapi sebagai persediaan dimasa akan datang tidak lagi kami memikirkan cara untuk mendapatkan pendapatan walau hanya berkerja dari rumah.

Sesungguhnya permudahkanlah segala urusan aku dalam bisnes Shaklee ini. Kawan-kawan doakan lah aku berjaya Dunia Akhirat agar aku berjaya mengubah 360 darjah kehidupan ku ini serta aku dan suami dapat membantu orang yang betul-betul memerlukan pertolongan.

Sesungguhnya Doa kalian adalah pembakar semangat untuk aku berjaya dan terus berjaya ke jalan yang ALLAH redhai. Doa kalian ku perlukan sebagai pendorong untuk ku terus maju kehadapan .

Pekerjaan sekarang tidak menjanji apa-apa kebahagian pada masa akan datang. Jom kawan-kawan kita keluar daripada ZON SELESA yang akhirnya memakan diri sendiri.

Ingin menjana pendapatan sampingan atau pendapatan tetap hanya dari rumah.

Berminat untuk berada dalam group yang hebat bersama pula master yang tidak kurang hebatnya membuatkan diri berasa sangat bertuah..

Dapatkan Bimbingan Secara Percuma
&
Peluang Perniagaan dengan SHAKLEE
Pm/Wassup/Wechat :017-9307246(Sue).

Friday, April 25, 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE pilihan masa kini.


ISTERI

GLA Complex 
* Membantu meningkatkan dan mengatur kitaran haid serta membantu meningkatkan kesuburan.

Vitamin C SR
* Untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa Complex
* Membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita dan keputihan wanita. 

B-Complex
* Penting bagi yang merancang kehamilan kerana ia mengandungi asid folik yang memerlukan diawal kehamilan.

Vita-Lea
* Membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Energizing Soy Protien(ESP)
* Membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.

SUAMI

Zinc Complex
* Membantu mengekalkan jumlah air mani dan meningkatkan kiraan sperma.

Vitamin E Complex
* Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

Herba-Lax

Perbezaan Shaklee :-

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajdi, Alfalfa leave, senna leave, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. 

Sifatnya yang menggalakan tindakan pembersihan yang lembut, terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama:-
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihanya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu menyelesaikan masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurakan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
Perhatian : - Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambi-lan. Manakala dibawah kondisi normal, Herba-Lax menampakan kesan dalam tempoh jam selepas pengambilan.

Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkakan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali pada dos biasa setelah proses penghadaman/pembuangan kembali normal.

Formulasi yang dipaten :-
  1. Senna Leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Buckhorn Bark -  Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  3. Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi.
  4. Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  5. Anise Seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  6. Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  7. Blue Malva Flower - Membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  8. Culver Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  9. Alfalfa Leaves - Membersih usus, darah dan hati.

Peppermint Gingger Plus


Perbezaan Shaklee :

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Manfaat Utama :-
  • Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastri, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kihilangan selera makan yang timbul daripada rawatan ke Pudina meransang mengeluarkan peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
  • Halia - Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak(semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita, penyelidikan di Switzeland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat / mencegah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.
  • Pokok Adas(Fennal) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis(Anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, lembap, memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada parut.

Wednesday, April 23, 2014

Testimoni GLA COMPLEX

Testimoni ini merupakan rakan sahabat saya yang mempunyai masalah period tidak teratur sejak bertunang sehinggan berkahwin (tempoh 8Bulan ). Alhamdulillah semalam sahabat saya mesej memberitahu bahawa rakanya telah period. Walaupun rakannya bukan customer saya tapi saya akan cuba tetap membantunya... 

Testimoni Energizing Soy Protien(ESP)

Testimoni 1


Alhamdulillah selepas mencuba Energizing Soy Protien (ESP) ada perubahan  keatas wajahnya. Mudah-mudahan berpuas hati.

Testimoni 2

Beliau telah mencuba tidak sampai sebulan sudah nampak perubahan ke atas parut-parut ditangan... Alhamdulillah feedback positive.

Sunday, April 20, 2014

Set Kecantikan


SET KECANTIKAN SHAKLEE


Energizing Soy Protien
* Menjadikan kulit muka berseri-seri , halus, cantik dan sebagai agen anti-penuaan.

Vitamin C SR
* Melambatkan proses penuaan dan menyekatkan pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.

B-Complex
* Mencegah stress dan melegakan kelesuan serta menaikan seri muka.

GLA Complex
* Mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan kulit kering serta membaiki bintik penuaan.

Vitamin E Complex
* Membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.



Testimoni Herba-Lax


Alhamdulillah feedback positif daripada customer yang mencuba Herba-Lax Shaklee tapi masih takut lagi untuk menimbang berat badan. InshaALLAH, semoga timbang nanti akan ada perubahan pada customer ini.

Testimoni Omega Guard

(Omega Guard)

Alhamdulillah akhirnya bertukar tangan juga SET TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE kepada tuan yang baru.

Masa saya sampai kerumahnya, beliau tengah menyuapkan makan pada anak tersayang. Sambil tengok beliau menyuapkan makan pada anaknya sempat lagi saya menilik si ibu punya badan.

Rasa macam terkejut pun ada... WOW!!!! nampak macam kurus je, macam berkesan je. Lastly, dengan tak sabarnya saya bertanya macam kurus je tengok kak??? Dia pun menjawab," yup semua orang perasan dan semua orang tegur yang saya kurus sekarang ni ". Memang berkesankan, saya pun senyum berpuas hati dengar feedback positive daripadanya.

Berat sebelum ni 53kg selepas bersalin dan sekarang 50kg. Sebenarnya customer saya ni dah cuba Omega Guard sebelum ni untuk kempiskan perut. Sekarang ingin mencuba SET TAMBAH BERAT BADAN untuk suaminya pula.

Friday, April 18, 2014

Testimoni Set Resdung

Alhamdulillah feedback positive dari my customer yang mencuba SET RESDUNG SHAKLEE (Vitamin C Sr + Alfalfa Complex). 

Sungguh teruja apabila mencuba tidak sampai sebulan sudah menunjukan hasil yang sangat memuaskan. Beliau telah mengambil Vitamin C dan Alfalfa Complex untuk menyahkan gangguan resdung yang dialami selama ini dan untuk menghilangkan bekas parut jerawat di muka.




Testimoni Set Kurus

Testimoni 1 (Omega Guard, Lecithin & Alfalfa Complex ) 


Follow up dengan customer yang mencuba SET KURUS SHAKLEE untuk ibu menyusu 2 minggu lepas yang mengambil (Omega Guard, Lecithin & Alfalfa Complex ) 
Alhamdulillah juga mendapat feedback yang positive, selepas mencuba SET KURUS SHAKLEE badan jadi ringan je.

Testimoni 2 (Lecithin & Alfalfa Complex)


Merangkap adik ipar kepada saya yang telah mencuba SET KURUS SHAKLEE (Lecithin & Alfalfa Complex) memberikan feedback positive. 

2 in 1 sebenarnya beliau mencuba SET KURUS SHAKLEE untuk menurukan berat badan tapi dalam masa yang sama dapat tindakbalas atas masalah resdung yang beliau alami. Semenjak mencuba suplmemen ini beliau sudah tidak mengalami bersin dan sakit kepala di waktu pagi.





Luahan Kisah dari Hati Kenalan

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya ini kisah daripada kakak seorang sahabat baik saya yang membuatkan saya merasa kagum kepada suaminya. Adiknya merupakan kawan baik saya dari Sekolah Menengah sehingga sekarang. Perkenalan yang mula-mula agak suam-suam kuku, akhirnya menjadi sahabat sejati yang tidak pernah ada galang gantinya. Tidak pernah sekali akan saya lupakan setiap jasa yang ditaburkan kepada saya dan keluarga. Terima kasih ku ucapkan kepada mu sekeluarga atas segalanya, kaulah sahabat ku dunia akhirat.

Kisahnya bermula petang tadi, 18 April 2014. Sesungguhnya walaupun selalu saya pergi ke rumahnya tapi tidak pernah menyentuh soal kehidupan tentang asal usul menjadi kesenangan hari ini. Sememangnya kehidupannya sekarang nampak MEWAH tetapi ia penuh dengan pengorbanan. Pergorbanan seorang suami yang tahu akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga tanpa merunggut atau mengeluh keatas apa yang telah terjadi keatas dirinya.

Bekerja tanpa di bayar gaji tetapi masih berusaha untuk menanggung keperluan keluarga, walaupun hanya ketika itu baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tetap melaksanakan kewajipan sebagai seorang kepala keluarga sampai sanggup menjual Roti Paung untuk menampung perbelanjaan seharian. Alhamdulillah kelebihan yang dimiliki oleh kakak beliau dapat mengajarnya cara membuat Roti Paung. Sehingga kini masih lagi ada rakan-rakan menanyakan resepi roti itu tapi yang sedih kerana terlupa sudah akan resepi roti itu.

========================================================================
Moral yang saya dapat daripada kisah ini :
  • Ketabahan seorang suami tanpa mengenal erti lelah dan putus asa.
  • Tanpa mengeluh atau merunggut atas apa yang terjadi ketasa dirinya.
  • Berusaha untuk mendapat pendapatan yang lain walaupun hanya menjual roti.
Mendengar cerita ini tadi membuatkan saya berasa terinspirasi, berasa semangat dengan berkat sabar dan tabah akhirnya berjaya mengubah kehidupan beliau sekarang. Sungguh rezeki ALLAH itu luas, terpulang kepada kita untuk MENJEMPUTNYA. 

Semoga saya juga boleh berjaya sepertinya, InshaALLAH...

Wednesday, April 16, 2014

Harimau Sudah Mengaum...Auuum


Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH telah memberikan kami rezeki yang lebih disamping boleh berzakat setiap bulan walaupun hanya sekadar yang mampu. Terima kasih tidak terhingga diatas pemberian nikmat yang sementara ini. 

Kalau dulu hanya berzakat pada bulan puasa tapi sekarang alhamdulillah dapat menunaikan RUKUN ISLAM yang ketiga setiap bulan. InshaALLAH. Mula terjebak dengan shaklee ini hanya untuk makan diri sendiri saja, tidak mendaftar sebagai ahli pun masa mencuba kali pertama dulu. Selepas keguguran tahun lalu semakin berani untuk mencuba produk ni. Lastly, buat pemilihan yang bijak lalu mendaftar menjadi pengedar yang sah. 

Bila bercerita semula macam mana boleh terjebak dengan dunia BISNES MLM ni masa tu mesti teringat kembali perasaan ragu-ragu dan tidak yakin kepada diri sendiri. Saya mula medaftar menjadi ahli pada Januari 2014 dan masih lagi Distributor.  

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Group yang sangat hebat. Di tambah lagi Master group ini yang tidak kurang juga hebatnya dalam bisnes shaklee ini. Ada yang menjadi Master hanya dalam tempoh 8 bulan membuatkan saya terinspirasi dengan kejayaanya.

1) Networking ( Luaskan Rangkaian Anda) + BONUS

Saya masih lagi bergerak secara solo dan tidak mempunyai downline. Pada firstly BONUS, saya dapat menjana income sebanyak RM 80+ dengan point terkumpul sebanyak 347. Walaupun sedikit tapi saya tetap bersyukur dan sangat gembira kerana mendapat sambutan yang baik daripada rakan-rakan yang mencuba suplemen shaklee ini.

Pada second BONUS, saya memang target untuk mendapatkan lebih daripada yang saya dapat pada bulan sebelum ni. Walaupun hanya berbeza sedikit saja pada bulan lepas saya tetap bersyukur atas pemberian yang dikurniakan kepada saya. BONUS yang dikecapi RM85+ dengan point yang terkumpul sebanyak 368.

Alhamdulillah tidak terhingga apabila Closing bulan MAC dengan point sebanyak 628 dan income sebanyak RM200+ lebih baik pada bulan-bulan sebelumnya. InshaALLAH pengeluaran zakat juga akan bertambah daripada sebelumnya. Saya sesungguhnya memang teruja setiap kali dapat BONUS kerana dapat membantu orang yang lebih memerlukan. Kalau dulu sangat berkira tetapi alhamdulillah kini tidak lagi. InshaALLAH.

Niat saya disini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ingin berkongsi apa yang saya dapat dan anda juga boleh dapat jika anda serius untuk melakukanya. Perbetulkan niat anda jika sebelum ini berniaga hanya untuk mendapatkan Habuan Wang Ringgit yang tidak pernah merasa cukup kepada Bersyukur dengan apa yang diperolehi dengan ikhlas niat untuk mebantu menyelesaikan masalah orang lain.

2) RANK AS DISTRIBUTOR 





Ingin menjana pendapatan sampingan atau pendapatan tetap hanya dari rumah.
Berminat untuk berada dalam group yang hebat bersama pula master yang tidak kurang hebatnya membuatkan diri berasa sangat bertuah.. 


Dapatkan Bimbingan Secara Percuma
&
Peluang Perniagaan dengan SHAKLEE 







Tuesday, April 15, 2014

Saya dengan ALFALFA COMPLEX




Mula-mula ambil Alfalfa Complex ni adalah untuk masalah penghadaman, kerana susah untuk membuang. 2-3 hari sekali baru membuang dan membuatkan diriku sembelit. hehehehe.

Bila dah start makan Alfalfa Complex memang tak pernah terfikir dan terdetik yang akan membuang selalu. Patutlah Alfalfa Complex ini juga tergolong dalam set untuk kurus. Memang sesuai sangat Alfalfa Complex ni untuk anda yang ingin kurus dan  mengalami masalah pengahadaman ni. Alhamdulillah sekarang ni nak membuang tak sembelit macam dulu dah.

Alfalfa Complex 2 in 1 untuk saya kerana bukan masalah penghadaman sahaja yang selesai tetapi masalah keputihan yang sentiasa membelenggukan diri saya juga memberikan tindakbalas yang positif. Kalau dulu lepas habis je haid saya akan mengalami keputihan yang serius tapi sekarang Alhamdulillah semua dipermudahkan dengan izin ALLAH.

Manfaat Alfalfa Complex :-
  • Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
  • Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
  • Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
  • Mengurangkan toksin
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Melawan alahan
  • Mencuci hati, darah dan usus
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
  • Melawan tumor
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah dan merawat atritis
  • Mengurangkan keputihan
Note : Alfalfa Complex tidak digalakkan di ambil bersama Vitamin E Complex

Pengalaman Sendiri membuatku JATUH CINTA


Alhamdulillah walaupun masih belum dikurniakan zuriat selepas keguguran hari tu, saya redha dan pasrah dengan ketentuan ILLAHI.Walaupun masih terasa perit dengan dugaan saya cekalkan hati  terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tahun 2013, bermulanya episod baru untuk saya dengan PRODUK SHAKLEE ni. Mula-mulanya memang takut untuk mencuba, bimbang akan mendapat effect. Tup...Tup My Hubby dah pernah mencuba PRODUK SHAKLEE ni dari sekolah lagi. Masa tu My Hubby ambik Lecithin untuk minda katanya.

Bila mengenali PRODUK SHAKLEE?????

Saya mengenali PRODUK SHAKLEE pada tahun lepas 2012, tu pun diperkenalkan oleh kawan satu tempat kerja dengan saya sekarang ni (merangkap my upline). Bermula di situlah saya mengenali SHAKLEE. 

First produk Shaklee yang saya cuba adalah Energizing Soy Protien(ESP) kalau tak silap saya. Masa ni saya belum lagi menjadi Independent Distributor yang sah lagi. Just beli pakai SID kawan saya. Dalam bulan Disember 2012 saya disahkan hamil tapi masa ni saya hanya test pakai pregnant test yang di belikan di farmasi dan nampak dua line merah yang bergaris. Masa ni memang gembira yang teramat hanya ALLAH saja yang tahu betapa bersyukurnya saya dengan Hubby kerana bakal dikurniakan cahaya mata. Kami akan menjadi Ummi dan Abi.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Saya mengalami keguguran pada bulan FEB 2013. Masa ni memang kecewa sesangat tapi kami redha dengan ujian ALLAH S.W.T.  Lepas pada keguguran hari itu dalam pantang saya hanya meminum air sepang kederang dan air rebusan buah manjakani sahaja. 2 minggu saya diberikan cuti oleh hospital.

My upline tanye lagi saya tak nak mencuba set lain Shaklee ke untuk masalah kesuburan ke. Lepas pada tu saya ambik B-Complex bagi menggantikan asid folik yang saya ambil dari hospital. Selain daripada B-Complex saya ambik lagi GLA, Vita-Lea dan Alfalfa Complex. GLA saya ambik kerana masalah sengugut yang saya alami dan Vita-Lea untuk menaikan HB rendah. Walaupun dah mengalami keguguran saya tetap ambil Vita- Lea, kerana Vita -Lea juga merupakan set asas untuk kesihatan yang optimun.

Sekarang ni saya dah menjadi Independent Distributor yang sah pada bulan Januari 2014 dengan bermodalkan RM650. Alhamdulillah semoga ALLAH sentiasa memberkati dan merestui jalan yang saya pilih. Amin...

Monday, April 14, 2014

Mealshake Shaklee





  1. Menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian.
  2. Ia dipertingkatkan dengan bahan semulajadi, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
  3. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa.
  4. Mealshake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan seperti bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran(Vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk berkerja, atau orang yang selalu mengambil makanan segera.
  5. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat MEALSHAKE SHAKLEE adalah pilihan yang bijak.
Manfaat Utama :-
  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protien ( tidak mengandungi laktosa ), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnasium yang diperlukan untuk membina tulang  dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-Oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, Zinc, Selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah -  Mengandungi Vitamin B yang lengkap, zat besi, dan cooper yang cukup membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buang dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya - Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandngi sebarang pewarna  dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.


Mood Down VS Semangat Berjuang

Ya ALLAH sentap kejap tadi, give up, nak nangis macam-macam ada rasa. Sungguh pun dugaan dan first time rasa gitu sejak bershaklee ni. 

Walaupun masih baru dalam bidang ni, tapi niatku lillahi taala untuk menolong orang yang memerlukan dan bukan hanya sekadar berniaga. 

Aku tidak memarahi atau merasa marah tapi aku bersyukur diduga sedemikian, sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman yang baru dalam bershaklee.

Nak berjaya dan kaya dunia akhirat bukan senang, macam-macam dugaan kena hadapi. Dugaan orang berniaga. 

Sesungguhnya jika jalan aku betul, lorongkanlah aku jalan untuk berjaya. Jika jalan aku silap terangkan lah dengan setiap petunjuk jalan Mu. 

Tunjukkan lah aku jalan lurus dimana jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang berpegang teguh kepada ajaran MU Ya ALLAH.

Permudahkan lah setiap rezeki yang ku jemput YA ALLAH, dimana rezeki yang halal datang dariMU. 

~~~~ Sekejap tadi memang give up plus sedih sesangat tambah lagi suami tak de di sisi tapi sekarang alhamdulillah bila muhasabah balik diri yang shaklee ni ramai yang berjaya dan pengguna pun menunjukan tindakbalas positif inshaALLAH aku mampu berjaya.

My Mom Mama Ros juga support and don't give up inshaALLAH akan kita buktikan yang kita mampu berjaya dunia akhirat sambil mendapat saham akhirat dengan membantu orang yang memerlukan..

Aku ada misi dan impian yang lebih besar setelah aku berjaya, mudah-mudahan ALLAH merestui jalan yang aku pilih.. ~~~~

SET MENGANDUNG SHAKLEE




Set Kurus SHAKLEE 






Sunday, April 13, 2014

Testimoni Set Kecantikan 

Alhamdulillah semalam mesej dengan customer dapat feedback positif daripada beliau yang mencuba Energizing Soy Protien (ESP)...
 



 

SET KECANTIKAN SHAKLEE





  • Bebas Jerawat
  • Bebas Jeragat 
  • Tona Kulit Sekata
  • Pori Mengecil
  • Kulit Cerah dan Gebu
  • Parut Pudar



TESTIMONI SET KESUBURAN


Alhamdulillah setelah lima tahun menanti dalam debar untuk mendapatkan anak yang kedua akhirnya dengan izin ALLAH S.W.T beliau telah hamil anak yang kedua.





Tuesday, April 8, 2014

KEAHLIAN

Dapatkan produk Shaklee dengan harga AHLI hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM65.00 atau RM650.00.


Bagaimana cara untuk menjadi ahli SHAKLEE??????

Pilihan Pertama :-
  • Yuran pendaftaran RM65.00 untuk SEUMUR HIDUP.
  • Postage RM10 untuk Semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Anda akan menerima Business Kit yang mengandungi catalog, product guide dan business manual yang akan dihantar terus kerumah anda.

Pilihan Kedua :-
  • Buat pembelian dalam satu resit sebanyak 200 point UV (Unit Value) = RM650.00 untuk Semenanjung dan RM690 untuk Sabah dan Sarawak.
  • Anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA bernilai RM65.00.
  • CASH BONUS yang bernilai RM30+dan jimat sehingga RM100+.
  • Anda akan menerima Business Kit yang mengandungi catalog, product guide dan business manual yang akan dihantar terus kerumah anda.

Berpeluang mendapat 3 BONUS UTAMA SHAKLEE
  1. Car Bonus
  2. Cash Bonus
  3. Convention Bonus

Note :-  Dengan hanya mendaftar sebagai AHLI, anda sudah pun bergelar PENGEDAR SAH SHAKLEE disamping boleh membeli semua produk Shaklee pada harga AHLI. Jimat berganda-ganda, jadi AHLI untuk makan sendiri pun boleh.
Energizing Soy Protien ( ESP)



Energizing Soy Protien ( ESP)ini diktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi " non-GMO " ( non-Genetically, Modified Organism ) yang mana diproses pada kadar suhu yang rendah.Tambahan pula, setiap 850g ( Satu tin Energizing Soy Protien ) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 

Energizing Soy Protien ( ESP) dari shaklee ini merupakan satu-satunya produk didalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik ( G.I ) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.


Satu hidangan Energizing Soy Protien ( ESP) ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik dan sangat mudah di serap oleh tubuh manusia.

Manfaat Energizing Soy Protien ( ESP)








Monday, April 7, 2014

Semalam Punyer Cerita

Sudah dua hari saya duk ulang alik ke Maybank untuk buka akaun yang baru, first time pergi waktu rehat tengahari (1jam) bile sampai je kat Maybank dan masuk dalam huuuuhhhh bukan kemain ramai lagi orang... Tp tak kisah la kan saya try ambik no. saya dapat nombor 5024 tengok no.sekarang ni 5002,huh memang terkejut sakan la agak-agak pukul berapa la giliran saya... Sambil fikir duk fikir + Congak dalam kepala saya ambil keputusan balik dan merancang untuk pergi keesokan hari. huhuhu ( bukan pe tadi lelaki yang bagi no ke saya tu dah bagi tahu, kaunter untuk buka akaun tu satu je maybe lambat nak sampai ke giliran saya... tu saya ambil keputusan balik semula.. heheheh )  .

Hari kedua saya pagi-pagi dah pergi Maybank,tapi lepas saya punch card la.. Sampai je Maybank saya terus ambik no. saya dapat no. 5010, tengok no. sekarang 5002.. Ermmmm saya fikir boleh la tunggu sekejap mungkin hari ni akan dapat buka akaun bank Maybank.. Tup...tup.. rupanya lama juga nak boleh ke panggil no. saya. Sabar je la.

Ni semua gara-gara penangan Shaklee, shaklee juga jadi penyebabnya...hehehehe. Mula-mula dulu saya makan untuk diri sendiri je( Set Kesuburan, korang tau la kan sekarang saya tengah berikhtiar untuk mendapatkan zuriat selepas gugur kali pertama tahun lepas... sob...sob..sob...), lelama teringin pulak nak jadi ahli. Sebab sebelum ni tak jadi ahli lagi, asyik duk beli ngan Mama Ros Rose je... Mama Ros Rose pun ada promote suh jadi ahli, tapi saya fikir malas lagi masa tu(tiada modal wooo). Tapi sekarang alhamdulillah saya pun dah jadi ahli Shaklee sekarang dibawah upline Mama Ros Rose... Saya try makan shaklee ni untuk suplemen tambahan je. Yang selebihnya saya sekarang ni bertawakal kepada ALLAH s.w.t untuk mendapatkan zuriat kerana DIA lebih mengetahui, kita hanya merancang DIA yang menentukan. 

Nak dijadikan cerita my cousin saya try juga makan suplemen tambahan shaklee ni, nak menjadikan rezeki my cousin beliau telah mengandung sekarang ni. Dalam sebulan lebih kot, saya pun tak pasti. Sebelum ni beliau telah mempunyai seorang anak,berusia 5 tahun dah pun tetapi beliau telah terkena CYST ovarinya terpaksa kena buang sebelah. Sekarang beliau mengandungkan anak kedua dengan ovari hanya ada satu(itulah kuasa ALLAH s.w.t)... Just Doc cakap suruh my cousin berhati-hati because ovari yang satu ni pun ada sedikit masalah. Tahniah MY COUSIN & FAMILY, harap lepas ni pun akan ada lah rezeki sayangan my hubby.
Siapa yang nak try makan Suplemen Tambahan Shaklee boleh wassup/wechat saya :- Sue 017-9307246.

Sunday, April 6, 2014

GET CLEAN

KECANTIKAN


NutriWhite Skin Care 

Set Kecantikan NurtiWhite Shaklee mengandungi 16 ramuan botani yang kuat membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk menjadikan lebih putih, kulit cerah dan bercahaya.

...CERAH...SIHAT...MUDA...PUTIH DAN BERSERI...KULIT YANG SEKATA...


BIL
PRODUK
SAIZ
FUNGSI
1
Gentle Action Makeup Remover
150ml
Biarkan kulit anda licin, lembut & berseri.
Menyingkir sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa.
2
Gentle Deep Foaming Cleanser
150ml
Gentle Deep Foaming Cleanser adalah lembut, pembersih yang menyegarkan, dirumus khas untuk membersihkan kulit anda.
3
Soothing Radiance Whitening Softener
150ml
Memulihkan kulit keseimbangan pH semulajadi.
Kulit anda akan berdasa segar, lebih anjal, lembut dan berseri.
4
Daily Defense Whitening Essence
30ml
Memberikan wajah licin, mencerahkan dan menegangkan.
Membantu keluar pigmentasi, melembutkan dan mengurangkan tompokan.
Mengelakkan kerosakan matahari.
Aktifkan vitamin c meningkatkan kejelasan dan memulihkan seri.
5
Spot whitening treatment
10ml
Berkesan untuk mengurangkan tompok matahari dan jeragat.
Kulit anda akan kelihatan lebih cerah.
Vitamin C menjadikan kulit anda kelihatan berseri.
6
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15
50ml
Mengelakkan kerosakan kulit dari matahari dan keradangan.
Pelembap pelbagai tindakan melindungi daripada kesan buruk matahari dan membina penentangan terhadap kerosakan alam sekitar.
7
Overnight Renewal Whitening Cream
50g
Menambah lagi dan meremajakan kulit anda semasa waktu tidur.
 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.