Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Sendiri membuatku JATUH CINTA


Alhamdulillah walaupun masih belum dikurniakan zuriat selepas keguguran hari tu, saya redha dan pasrah dengan ketentuan ILLAHI.Walaupun masih terasa perit dengan dugaan saya cekalkan hati  terus berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tahun 2013, bermulanya episod baru untuk saya dengan PRODUK SHAKLEE ni. Mula-mulanya memang takut untuk mencuba, bimbang akan mendapat effect. Tup...Tup My Hubby dah pernah mencuba PRODUK SHAKLEE ni dari sekolah lagi. Masa tu My Hubby ambik Lecithin untuk minda katanya.

Bila mengenali PRODUK SHAKLEE?????

Saya mengenali PRODUK SHAKLEE pada tahun lepas 2012, tu pun diperkenalkan oleh kawan satu tempat kerja dengan saya sekarang ni (merangkap my upline). Bermula di situlah saya mengenali SHAKLEE. 

First produk Shaklee yang saya cuba adalah Energizing Soy Protien(ESP) kalau tak silap saya. Masa ni saya belum lagi menjadi Independent Distributor yang sah lagi. Just beli pakai SID kawan saya. Dalam bulan Disember 2012 saya disahkan hamil tapi masa ni saya hanya test pakai pregnant test yang di belikan di farmasi dan nampak dua line merah yang bergaris. Masa ni memang gembira yang teramat hanya ALLAH saja yang tahu betapa bersyukurnya saya dengan Hubby kerana bakal dikurniakan cahaya mata. Kami akan menjadi Ummi dan Abi.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Saya mengalami keguguran pada bulan FEB 2013. Masa ni memang kecewa sesangat tapi kami redha dengan ujian ALLAH S.W.T.  Lepas pada keguguran hari itu dalam pantang saya hanya meminum air sepang kederang dan air rebusan buah manjakani sahaja. 2 minggu saya diberikan cuti oleh hospital.

My upline tanye lagi saya tak nak mencuba set lain Shaklee ke untuk masalah kesuburan ke. Lepas pada tu saya ambik B-Complex bagi menggantikan asid folik yang saya ambil dari hospital. Selain daripada B-Complex saya ambik lagi GLA, Vita-Lea dan Alfalfa Complex. GLA saya ambik kerana masalah sengugut yang saya alami dan Vita-Lea untuk menaikan HB rendah. Walaupun dah mengalami keguguran saya tetap ambil Vita- Lea, kerana Vita -Lea juga merupakan set asas untuk kesihatan yang optimun.

Sekarang ni saya dah menjadi Independent Distributor yang sah pada bulan Januari 2014 dengan bermodalkan RM650. Alhamdulillah semoga ALLAH sentiasa memberkati dan merestui jalan yang saya pilih. Amin...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.