Monday, April 7, 2014

Semalam Punyer Cerita

Sudah dua hari saya duk ulang alik ke Maybank untuk buka akaun yang baru, first time pergi waktu rehat tengahari (1jam) bile sampai je kat Maybank dan masuk dalam huuuuhhhh bukan kemain ramai lagi orang... Tp tak kisah la kan saya try ambik no. saya dapat nombor 5024 tengok no.sekarang ni 5002,huh memang terkejut sakan la agak-agak pukul berapa la giliran saya... Sambil fikir duk fikir + Congak dalam kepala saya ambil keputusan balik dan merancang untuk pergi keesokan hari. huhuhu ( bukan pe tadi lelaki yang bagi no ke saya tu dah bagi tahu, kaunter untuk buka akaun tu satu je maybe lambat nak sampai ke giliran saya... tu saya ambil keputusan balik semula.. heheheh )  .

Hari kedua saya pagi-pagi dah pergi Maybank,tapi lepas saya punch card la.. Sampai je Maybank saya terus ambik no. saya dapat no. 5010, tengok no. sekarang 5002.. Ermmmm saya fikir boleh la tunggu sekejap mungkin hari ni akan dapat buka akaun bank Maybank.. Tup...tup.. rupanya lama juga nak boleh ke panggil no. saya. Sabar je la.

Ni semua gara-gara penangan Shaklee, shaklee juga jadi penyebabnya...hehehehe. Mula-mula dulu saya makan untuk diri sendiri je( Set Kesuburan, korang tau la kan sekarang saya tengah berikhtiar untuk mendapatkan zuriat selepas gugur kali pertama tahun lepas... sob...sob..sob...), lelama teringin pulak nak jadi ahli. Sebab sebelum ni tak jadi ahli lagi, asyik duk beli ngan Mama Ros Rose je... Mama Ros Rose pun ada promote suh jadi ahli, tapi saya fikir malas lagi masa tu(tiada modal wooo). Tapi sekarang alhamdulillah saya pun dah jadi ahli Shaklee sekarang dibawah upline Mama Ros Rose... Saya try makan shaklee ni untuk suplemen tambahan je. Yang selebihnya saya sekarang ni bertawakal kepada ALLAH s.w.t untuk mendapatkan zuriat kerana DIA lebih mengetahui, kita hanya merancang DIA yang menentukan. 

Nak dijadikan cerita my cousin saya try juga makan suplemen tambahan shaklee ni, nak menjadikan rezeki my cousin beliau telah mengandung sekarang ni. Dalam sebulan lebih kot, saya pun tak pasti. Sebelum ni beliau telah mempunyai seorang anak,berusia 5 tahun dah pun tetapi beliau telah terkena CYST ovarinya terpaksa kena buang sebelah. Sekarang beliau mengandungkan anak kedua dengan ovari hanya ada satu(itulah kuasa ALLAH s.w.t)... Just Doc cakap suruh my cousin berhati-hati because ovari yang satu ni pun ada sedikit masalah. Tahniah MY COUSIN & FAMILY, harap lepas ni pun akan ada lah rezeki sayangan my hubby.
Siapa yang nak try makan Suplemen Tambahan Shaklee boleh wassup/wechat saya :- Sue 017-9307246.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.