Friday, April 18, 2014

Luahan Kisah dari Hati Kenalan

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya ini kisah daripada kakak seorang sahabat baik saya yang membuatkan saya merasa kagum kepada suaminya. Adiknya merupakan kawan baik saya dari Sekolah Menengah sehingga sekarang. Perkenalan yang mula-mula agak suam-suam kuku, akhirnya menjadi sahabat sejati yang tidak pernah ada galang gantinya. Tidak pernah sekali akan saya lupakan setiap jasa yang ditaburkan kepada saya dan keluarga. Terima kasih ku ucapkan kepada mu sekeluarga atas segalanya, kaulah sahabat ku dunia akhirat.

Kisahnya bermula petang tadi, 18 April 2014. Sesungguhnya walaupun selalu saya pergi ke rumahnya tapi tidak pernah menyentuh soal kehidupan tentang asal usul menjadi kesenangan hari ini. Sememangnya kehidupannya sekarang nampak MEWAH tetapi ia penuh dengan pengorbanan. Pergorbanan seorang suami yang tahu akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga tanpa merunggut atau mengeluh keatas apa yang telah terjadi keatas dirinya.

Bekerja tanpa di bayar gaji tetapi masih berusaha untuk menanggung keperluan keluarga, walaupun hanya ketika itu baru sahaja mendirikan rumah tangga. Tetap melaksanakan kewajipan sebagai seorang kepala keluarga sampai sanggup menjual Roti Paung untuk menampung perbelanjaan seharian. Alhamdulillah kelebihan yang dimiliki oleh kakak beliau dapat mengajarnya cara membuat Roti Paung. Sehingga kini masih lagi ada rakan-rakan menanyakan resepi roti itu tapi yang sedih kerana terlupa sudah akan resepi roti itu.

========================================================================
Moral yang saya dapat daripada kisah ini :
  • Ketabahan seorang suami tanpa mengenal erti lelah dan putus asa.
  • Tanpa mengeluh atau merunggut atas apa yang terjadi ketasa dirinya.
  • Berusaha untuk mendapat pendapatan yang lain walaupun hanya menjual roti.
Mendengar cerita ini tadi membuatkan saya berasa terinspirasi, berasa semangat dengan berkat sabar dan tabah akhirnya berjaya mengubah kehidupan beliau sekarang. Sungguh rezeki ALLAH itu luas, terpulang kepada kita untuk MENJEMPUTNYA. 

Semoga saya juga boleh berjaya sepertinya, InshaALLAH...

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.