Tuesday, January 21, 2014


Set Diet Bajet

Lecithin
Berasal dari minyak soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental.

Emulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya is lebih mudah bergerak di dalam sistem digestive. Jadi kita perlukan detox seperti Herbalax @ Alfalfa untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi.

Omega Guard
Membantu untuk "membakar" lemak sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran. Omega Guard tigak mendimulsi lemak tetapi fungsi Fish Oil membantu pembakaran lemak termendap. 

Fungsi Omega Guard 
  • Melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam.
  • Menghalang penghasilan hormon cortisole yang menggalakan penyimpanan lemak.
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah
  • Menambah kadar penghasilan serotonim. 
* Lecithin + Omega Guard adalah gabungan yang terbaik*


Herbalax
Berfungsi untuk membersihkan usus daripada najis yang tersekat dan membantu masalah sembelit.
Tidak digalakan untuk ibu menyusu jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk ibu menyusu 2-3 kali seminggu. Alfalfa pengambilan yang terbaik untuk ibu menyusu.

Alfalfa
Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibarat pembantu kepada lecithin dan omega, ia membantu membawa keluar lemak-lemak dan kolestrol dari badan.


Esp( Energizing Soy Protein)
Mengoptimunkan penyerapan nutrien lain.
Membekalkan tenaga yang berpanjangan.
Menyuburkan kesihatan kuku, rambut, kulit dan otot.
Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusu dan mereka yang sedang pulih dari sakit.
Cinch Shake
Serbuk protien yang diperkaya dengan leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Bagi anda yang sedang proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Cinch juga berfungsi sebagai meal replacement.

Cinch membakar kalori disamping memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama ia memelihara otot tubuh.








Lecithin


Perbezaan Shaklee :-
Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus, dan lemak tak tepu.

Manfaat Utama :-
  • Membantu tubuh menyerap vitamin A,D, E dan K yang larut lemak.
  • Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga memulikan kesihatan hati.
  • Lecithin bertindak sebagai " pembersih " salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan tringliserid di dalam tubuh.
  • Menghalang obesiti, pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang. 
  • Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam saluran darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit. - dermatitis demam alergi.
  • 90% batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mepertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzhimer dan meringgankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.
  • Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arterioskerosis, menggalakan peredaran darah.
  • Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak.
  • Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.


Semalam Punyer Cerita

Sudah dua hari saya duk ulang alik ke Maybank untuk buka akaun yang baru, first time pergi waktu rehat tengahari (1jam) bile sampai je kat Maybank dan masuk dalam huuuuhhhh bukan kemain ramai lagi orang... Tp tak kisah la kan saya try ambik no. saya dapat nombor 5024 tengok no.sekarang ni 5002,huh memang terkejut sakan la agak-agak pukul berapa la giliran saya... Sambil fikir duk fikir + Congak dalam kepala saya ambil keputusan balik dan merancang untuk pergi keesokan hari. huhuhu ( bukan pe tadi lelaki yang bagi no ke saya tu dah bagi tahu, kaunter untuk buka akaun tu satu je maybe lambat nak sampai ke giliran saya... tu saya ambil keputusan balik semula.. heheheh )  .

Hari kedua saya pagi-pagi dah pergi Maybank,tapi lepas saya punch card la.. Sampai je Maybank saya terus ambik no. saya dapat no. 5010, tengok no. sekarang 5002.. Ermmmm saya fikir boleh la tunggu sekejap mungkin hari ni akan dapat buka akaun bank Maybank.. Tup...tup.. rupanya lama juga nak boleh ke panggil no. saya. Sabar je la.

Ni semua gara-gara penangan Shaklee, shaklee juga jadi penyebabnya...hehehehe. Mula-mula dulu saya makan untuk diri sendiri je( Set Kesuburan, korang tau la kan sekarang saya tengah berikhtiar untuk mendapatkan zuriat selepas gugur kali pertama tahun lepas... sob...sob..sob...), lelama teringin pulak nak jadi ahli. Sebab sebelum ni tak jadi ahli lagi, asyik duk beli ngan Mama Ros Rose je... Mama Ros Rose pun ada promote suh jadi ahli, tapi saya fikir malas lagi masa tu(tiada modal wooo). Tapi sekarang alhamdulillah saya pun dah jadi ahli Shaklee sekarang dibawah upline Mama Ros Rose... Saya try makan shaklee ni untuk suplemen tambahan je. Yang selebihnya saya sekarang ni bertawakal kepada ALLAH s.w.t untuk mendapatkan zuriat kerana DIA lebih mengetahui, kita hanya merancang DIA yang menentukan. 

Nak dijadikan cerita my cousin saya try juga makan suplemen tambahan shaklee ni, nak menjadikan rezeki my cousin beliau telah mengandung sekarang ni. Dalam sebulan lebih kot, saya pun tak pasti. Sebelum ni beliau telah mempunyai seorang anak,berusia 5 tahun dah pun tetapi beliau telah terkena CYST ovarinya terpaksa kena buang sebelah. Sekarang beliau mengandungkan anak kedua dengan ovari hanya ada satu(itulah kuasa ALLAH s.w.t)... Just Doc cakap suruh my cousin berhati-hati because ovari yang satu ni pun ada sedikit masalah. Tahniah MY COUSIN & FAMILY, harap lepas ni pun akan ada lah rezeki sayangan my hubby.
Siapa yang nak try makan Suplemen Tambahan Shaklee boleh wassup/wechat saya :- Sue 017-9307246.

Monday, January 20, 2014

Set Resdung, Asma, Alergi & Ekzema




B-Complex
- Melembapkan kulit
- Menaikan seri wajah
- Melancarkan peredaran darah
- Mengurangkan strees dan kemurungan

Vita-C
- Mencerahkan kulit
- Membentuk kolagen
- Menghilangkan jeragat & kedut
- Merawat kulit kasar dan kering

Alfalfa Complex
- Kaya dengan nutrisi dan mineral surih
- Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan
- Melegakan rasa kebas dan sakit sendi
- Mengurangkan toksin
- Merendahkan kolestrol 




**************************************************************


B-Complex
- Moisturizing skin
- The increase of radiance
- Improves blood circulation
- Reduce the strees and depression

Vita-C
- Lighten Skin
- Develop collagen
- Get rid of acne scars & wrinkles
- Treating Rough and dry skin  


Alfalfa Complex
- Rich in nutrients and trace minerals
- Contains essential enzymes for the digestion of food
- Relieves numbness and joint pain
- Reduce toxins
- Lowers cholesterol
OMEGA GUARD SHAKLEE.....

 


Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan.

Kandungan Omega 3 didalam darah juga memberi tindakbalas kepada tubuh supaya mengguna lemak dibadan sebagai punca tenaga.

Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak dibadan.

Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan.

Leptin (didalam omega 3) inilah yang akan memberi signal kepada otak dan menghadkan rasa lapar.

DENGAN BAHASA YANG RINGKAS OMEGA GUARD SHAKLEE MAMPU MEMBAKAR LEMAK DAN MENGAWAL SELERA MAKAN ANDA.



Anggun, Langsing & Menawan bersama SET DIET SHAKLEE....






Lecithin - Memecahkan lemak dan kolestrol dalam badan.

Alfalfa -  Membantu melawaskan pembuangan.

Herba Lax - Sebagai detox dan mencuci usus.

Omega Guard - Mengawal selera makan.

Cinch - Membakar lemak dan mengekalkan otot

Sunday, January 19, 2014

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an.

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medigo Sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai " Raja Segala Tumbuhan ".

Medigo Sativa memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Setiap tanlet mengandungi 300mg alfalfa.

Manfaat Utama Alfalfa Complex :
Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi - Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrsi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakan tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protien, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid., menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikan kulit dan otot.
  • Melawan Alahan -  Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air(Athlet's Foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatisis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol -  Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok, dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan Tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengekalkan badan dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah / Merawat Atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Khasiat ALFALFA




Wednesday, January 15, 2014


Mengapa Shaklee?????

  1. Bersaskan sumber semula jadi yang tulen & bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna & perisa.
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
  3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
  4. Setiap produk mengandungi vitamin ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimun secara konsisten.
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
  6. Produk Shaklee terserlah diseluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Isamic Services of America , badan yang diiktirah oelh JAKIM

TAHUN 2014


Tahun 2014 telah pun membuka tirai pada Hari Rabu 2 minggu yang lepas..... Rasa macam sekejap je masa berlalu, 2013 telah jauh rupanya ditinggalkan dibelakang. 2014 pun semakin cepat berlalu dari hari ke hari... hehehehe... Bile teringatkan suka duka sepanjang 2013 rupanya perit masih terasa, sehingga menitiskan air mata... Sabarlah duhai hati moga ALLAH permudahkan segalanya. InShaALLAH....

Mesti korang terfikir ape masalah yang saya alami kan yang sampai sedih-sedih ni....Kalau korang nak tau saya pernah mengalami keguguran pada bulan 2 tahun 2013.. First son with my hubby, huahuahaua.. Memang sedih sangat-sangat time tu, xterluah dek kata-kata. 

Kisah dia cam ni, Saya keguguran pada bulan FEB 2013 disebabkan kerana tiada degupan jantung. 
Fisrt check up perut saya dekat klinik ibu dan anak. No. giliran saya dapat bilik doktor India dan pembantunya orang kita(Melayu la maksud saya). Lepas di panggil masuk Doc suruh saya duduk.. Doc tanya ape yang patut kepada saya. Lepas tu Doc scan perut saya dia kata tak dapat detect degupan jantung anak saya. Mase tu saya ok lagi tak de ape-ape perasaan sedih kerana saya fikir mase tu tak dapat detect cause saya baru prengnant dalam 8 minggu. Lepas scan perut Doc beritahu datang lagi dalam mase 2 minggu akan datang dan kita tengok macam mane. Saya pun just ok and then terus balik. Tanpa memikirkan yang kandungan saya tu ada masalah sebenarnya.

Pada temujanji ngan Doc yang kedua, saya just pergi check up masih lagi seorang. My hubby kerja mase tu tak dapat nak temankan saya. Lagipun saya lepas check up terus pergi kerja. Saya still masuk klinik ibu & anak and then tunggu no. giliran saya dipanggil. Bila tiba giliran saya dipanggil kali ni saya dapat bilik Doc melayu dan pembantunya juga melayu.. Saya ni mengalami HB rendah mase mengandung, sebab mak saya pun mengalami masalah yang same juga. Doc pun terkejut juga bile tengok kad merah saya HB rendah. Fisrt check up di Klinik Desa HB saya ok, bile check untuk yang seterusnya jadi semakin menurun(saya pun x thu kenape... huhuhuhu). Refer kepada Doc tadi, lepas tengok kad merah dia pun suruh saya tunggu sebentar kerana Doc nak sediakan barang untuk scan perut saya. Bile Doc ni scan perut saya masalah yang sama saya alami mase ngan Doc India 2 minggu yang lepas berulang. Degupan jantung anak tak dapat detect, mase tu saya ok lagi... Sebab fikir mungkin tak de ape-ape yg berlaku, tp bila Doc cakap mungkin awak ni mengalami missed abortion. Mungkin awak telah mengalami keguguran(Bile Doc cakap macam ni baru la naluri saya untuk kali pertama jadi Umi hancur)... Ape perasaan anda ketika itu,huhuhuhu Doc menenangkan perasaan saya mungkin tiada rezeki saya untuk kali ini. Saya terus bangun dan ucap Tq kepada Doc. Saya kene refer ke hospital daerah untuk D&C. 

Lepas tu, saya call my hubby, tapi saya tak boleh mengeluarkan suara untuk bercakap kerana sedih yang teramat. Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya keitika itu. Saya cuba mencari kekuatan untuk bercakap ngan my hubby yang saya telah gugur. My Hubby pun cuti emegency terus balik berjumpa dengan saya sebab saya kene refer ke Hospital daerah. Akhirnya saya akui kata Doc tadi, kerana sampai sahaja di hospital daerah saya bleeding. Hospital daerah refer saya ke hospital Besar Negeri untuk buat D&C.

Bila saya duduk dalam wad Hospital Negeri, saya ingat saya je yang mengalami keguguran rupa-rupanya ramai lagi yang nasib serupa dengan saya tidak kira usia. Tapi yang sedihnya hanya saya yang gugur anak pertama. huhuhuhuhu

Sedihkan, sedih kisah saya sedih lagi kisah kawan saya yang sempat melahirkan anak untuk beberapa hari sahaja. Anaknya dijemput ALLAH untuk buat selama-lamanya.

Moga tahun ni akan dapat banyak mendapat keberkatan dalam hidup. Aminnnn...









 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.