Sunday, June 29, 2014

Tip-tip Sahur dan berbuka ketika Hamil

" Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa "

Hidangan makanan seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan bersat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketidakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa kehamilan.

Cara terbaik bagi ibu mengandung bersahur :-

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan di sepanjang berpuasa.
  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair
  • Bijiran berserat tinggi atau bran dengan susu krim rendah lemak
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang
** Elakkan minuman teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahidrat.


Cara terbaik bagi ibu mengandung berbuka Puasa :-
  • Tiga biji kurma dan jus (bagus ubtuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah.
  • Susu atau yogurt rendah lemak.
  • Sup jernih
Hidangan makanan seimbang mengandungi :-
  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai pembuka selera.
  • Protien daripada ayam, ikan, daging, kacang pis atau kekacang.
  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh.
  • Sayur-sayuran
** Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Suplemen yang sesuai untuk Ibu Mengandung :-

Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue)
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.
Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikonsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.



Kencing Manis tidak Mengenal Usia

Satistik terbaru menunjukan 17 peratus daripada penduduk Di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.



Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehingga pesakit tidak sedar mereka menghadapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang lebih serius. 
 
Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti tanda-tanda tersebut untuk menggelakan anda daripada mangsa kencing manis.

Kenali Jenis Kencing Manis

Terdapat dua jenis diabetes
  • Jenis 1
  • Jenis 2
Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis Jenis 2. Terdapat salah faham yang menyatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding dengan Jenis 1, mungkin kerana pesakit kencing manis Jenis 1 perlu menyuntik sendiri dengan insulin.

Perbezaan antara kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan/atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-duanya adalah serius jika tidak dijaga dengan baik.

Tanda-tanda Kenicng Manis :-
  • Paras gula dalam darah tinggi
  • Keletihan dan cepat marah
  • Dahaga yang belebihan dan kerap kencing di waktu malam
  • Hilang berat badan secara tiba-tiba
  • Sentiasa rasa lapar
  • Luka lambat sembuh
  • Terdedah kepada jangkitan Kulat
  • Penglihatan kabur
  • Sensasi pada tangan dan kaki
  • Kulit Merengsa
Siapa yang bersiko mendapat Kencing Manis :-
  • Berumur 35 tahun keatas
  • Obesiti
  • Keturunan
  • Lemak dan kolestrol tinggi

Suplemen yang sesuai untuk Kencing Manis :-

  • Omega Guard - Melancarkan peredaran darah
  • Vivix - Mengimpakan mekanisma selular
  • Vitamin E Complex - Selenium berkait dengan jantung
  • Lecithin - Mengemulsi Lemak
  • Garlic - Merendahkan tekanan darah
  • ESP - Merendahkan kolestrol
  • B- Complex - Mengurangkan Stress
  • OsteMatrix - Kalsium yang berkait dengan tekanan darah dan jantung
  • Vitamin C Sr - Menghalang pembekuan darah

Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue)
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.


Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.







Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan

Assalamuaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama Umat Islam seluruh dunia berpuasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Baki berpuasa masih tinggal 29 hari lagi (hehehe awal kira baki bulan puasa).

Syukur rasanya masih boleh bertemu bulan yang berkat ini dan diberi kesihatan tubuh badan untuk mengandakan amal ibadat. Semoga sentiasa sihat dan cergas tubuh badan sehingga penghujung bulan Ramadhan.

Kekalkan kecergasan kita di Sepanjang Bulan Puasa Bersama Set Mighty 3 GEM Shaklee.


Selain keenakan buah kurma yang selalu dimakan di bulan puasa, anda boleh mencuba merasai keenakan dan kelazatan Set Mighty 3 Gem Shaklee. Campuran 3 minuman ini dapat membekalkan tenaga disepanjang hari, mengurangkan rasa haus dam membekalkan 19 vitamin dan mineral kepada tubuh.

Variasikan campuran 3 minuman ini dengan menjadikanya lebih enak, mengenyangkan dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Dapatkan SET MIGHTY 3 GEM dengan segera bagi membantu anda KEKAL CERGAS DAN SIHAT DI BULAN PUASA.

Berminat pm/wassup/wechat : 017-9307246.
Minuman di waktu sahur dan berbuka puasa.

Monday, June 23, 2014

Penyakit Buasir dengan Kehidupan Seharian

BUASIR akan menyebabkan individu tersasa pedih sewaktu membuang air besar. Setiap kali membuang air besar darah akan mengalir keluar dari dubur.

Buasir tidak menimbulkan masalah kepada manusia, tetapi jika amalan pemakanan individu tidak seimbang, buasir boleh menjadi sesuatu penyakit yang serius.


Jenis Buasir
1. Buasir Dalaman 
  • Lazimnya tidak  akan terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.
  • Buasir dalam tidak berbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan berdarah.
  • Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapatkan rawatan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang sumber seperti ketumbuhan.
2. Buasir Luaran
  • Merasa sakit, pedih dan gatal di dubur.
  • Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 
  • Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. 
  • Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. 
  • Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Suplemen yang sesuai untuk BUASIR

Omega Guard (60 Biji)
  • Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA. Ia baik untuk sakit sendi/otot, selain baik untuk mengimbangi paras kolestrol dalam darah.
  • Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit dan pedih. Omega Guard  membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
Zinc Complex (120 Biji)

  •  Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran.

Ostermatrix (120 Biji)
  •  Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.


Pengurusan Diri
  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.


Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue) 
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.

Sunday, June 15, 2014

Perginya Tak Kembali

Assalamualaikum w.b.t

Cerita Semalam

Ketika kita sedang bergembira, ada insan yang mengalirkan air mata. Perginya seorang insan yang bergelar ibu menghadap illahi meninggalkan 3 orang cahaya mata dan suami tercinta membuatkan airmataku menitis jua. Allahuakhbar!!!

Sayu hati melihat anak-anak dan memikirkan masa hadapan mereka sesungguhnya walaupun mempunyai bapa. Kasih ibu membawa ke syurga.

Jodoh pertemuan, ajal maut sudah tersurat di Loh Mahfuz. Itulah kehidupan di dunia yang sementara, kekalnya kita di akhirat yang abadi.

Tergiang-ngiang anak bongsu tersebut menangis memanggil-manggil ibunya, tatkala nyawa sudah meninggalkan jasad.

Ya ALLAH, sesungguhnya kuatkanlah semangat keluarga mereka diatas kematiannya, Sesungguhnya redha adalah pengubat duka. Takziah kepada sahabat merangkap orang sekampung diatas kepermegian kakak tercinta.

Al-fatihah.......


Saturday, June 14, 2014

Misi TURUNKAN BERAT BADAN di Bulan RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur masih diberi nafas untuk meneruskan perjalanan diatas muka bumi yang hanya  pinjaman oleh ALLAH s.w.t. kepada makhluknya yang bergelar MANUSIA.

Hari ini tercetus idea untuk mengarang lagi dan berkongsi sedikit maklumat mengenai Kehebatan Buah Kurma Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sedar atau tidak  sekarang kita sudah berada di Bulan Sya'ban mengikut Kalendar Islam. Hanya terpisah beberapa hari je lagi untuk kita menyambut Bulan Ramadhan.

Kelebihan Buah Kurma dalam DIET :-
  • Buah kurma adalah pilihan ramai apabila menjelang Bulan Puasa, ramai yang akan jadikan buah kurma sebagai juadah berbuka puasa. 
  • Populariti buah kurma mengatasi hidang lain ketika berbuka puasa dan buah ini merupakan makanan utama Nabi Muhammad SAW diteladani Umat Islam dari zaman berzaman.
  • Buah kurma dikategorikan sebagai buah kering seperti kismis dan prun. Buah-buahan adalah sumber yang sangat baik dari segi vitamin dan mineral, mereka melengkapkan kekurangan mineral dan vitamin dalam buahan yang segar.
  • Buah-buahan kering bersama buah-buahan segar dalam DIET amat berkesan dalam membakar lemak berlebihan. Selain itu juga, ia dapat membantu mengurangkan kolestrol, meningkatkan sistem imun dan detokfikasi.
  • Kurma yang kaya dengan Glukos dan serat tambahan. Glukos berfungsi dengan memberi tenaga tambahan dengan manakala serat pula akan melambatkan proses penghadaman seseorang dalam masa yang sama ia memberikan tenaga yang berpanjangan.
  • Kajian membuktikan segelas air manis(bergula) akan diserap selama 20-30 minit kerana kandungan gula yang tinggi. Manakala kurma akan menyerap didalam badan selama 45-60 minit. Oleh itu, ia membuktikan pengambilan kurma dapat memberikan tenaga yang berpanjangan selain mempunyai serat yang tinggi dengan khasiat yang lain.

 Tip Kurma untuk DIET :-
  1. Kepada individu yang ingin mengurangkan berat badan dibulan puasa buah kurma adalah yang terbaik yang boleh diamalkan.
  2. Juga harus menitikberatkan juga kalori seharian anda agar tidak lebih pengambilan kalori.
  3. 1 biji kurma lebih kurang 30-60 kcal, bergantung kepada saiz buah tersebut.
  4. Pengambilan 1-2 biji sudah memadai untuk berbuka puasa.
Selain daripada buah kurma, anda juga berhak untuk mengambil sebarang suplemen yang sah halal dan selamat untuk membantu anda mengurangkan berat badan disepanjang bulan puasa. 

Realisasikan impian anda untuk Mengurangkan Berat Badan di Bulan Puasa dengan Set Kurus Shaklee. InshaALLAH dapat membantu anda.



Cantik Menawan Di Hari Raya bersama-sama Suplemen Tambahan Shaklee
Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue) 
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.

IMPIAN bersama Suplemen Tambahan

 Assalamualaikum....

Setiap orang mempunyai impian, termasuk juga saya. Saya mempunyai banyak impian sampai tidak terkira impian saya. Salah satu impian saya untuk mengubah kehidupan saya dan keluarga kearah yang lebih sempurna.

Saya dan keluarga hanya menumpang di tanah milik kerajaan pada 20 tahun yang lalu sehingga kini. Sebelum ini ada ura-ura yang tanah ini akan diambil alih untuk dijadikan masjid. Saya berkira-kira dimanakah tempat untuk kami sekeluarga berteduh selepas ini.

Walaupun saya sudah berkahwin, alhamdulillah suami mengerti apa yang dilalui kami sekeluarga jika selepas ini kami terpaksa mengangkat kaki jua. Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Becerita kembali pasal impian, keluarga adalah yang utama. Semestinya yang terbaik akan saya buat untuk keluarga saya yang telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik.

Walaupun kepayahan yang kami lalui sekeluarga, saya telah temui jalan untuk menambahkan pendapatan selain bekerja dan mempunyai gaji hanya cukup-cukup makan sahaja. Alhamdulillah saya masih bersyukur dengan rezeki ALLAH.

Perniagaan merupakan perkerjaan utama Abah sekarang sebagai ketua keluarga walaupun hanya penjual ikan dan sayuran. Alhamdulillah jika dengan izin ALLAH saya juga sudah bertatih-tatih memulakan perniagaan walaupun hanya kecil-kecilan.

Bermula memulakan perniagaan pada awal Januari 2014 sedikit sebanyak membantu menambahkan pendapatan saya dan suami untuk membantu keluarga. Bersyukur berada di dalam group yang sangat hebat, bersama mentor-mentor yang tidak pernah jemu untuk memberikan tunjuk ajar membuatkan diri berasa bertuah.

Mudah-mudahan akan terus berjaya didunia dan akhirat,bersama-sama master yang hebat. Sesungguhya rezeki itu datang daripada ALLAH s.w.t.

Kemiskinan Hidup Di Bumi ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Hanya sekadar perkongsian....

Kejadian pada minggu lepas, apabila saya ke Mydin Mart untuk membeli barang keperluan kerja. Tiba dikaunter pembayaran saya terlihat satu pasangan suami isteri dan seorang anak beliau juga ingin beratur untuk membayar barang yang dibeli.

Saya meneliti apa yang dibeli oleh Si Suami tersebut, hanya satu barang je yang ada ditangan beliau tapi menyebabkan saya ni rabun walaupun dah pakai spek tidak dapat melihat dengan jelas. Saya tengok lagi gelagat suami tersebut hanya wang syiling yang ada ditangan beliau. 

Sungguh pada masa itu niat dihati saya ini memang terdetik untuk membayarnya, kerana berasa sangat kasihan. Saya intai juga dalam beg duitnya, bukan tiada wang kertas tapi mungkin untuk menyimpanya kegunaan lain.

Sayu hati apabila melihat ada lagi segelintir manusia yang hidupnya begitu susah.Sedih yang teramat, tambah-tambah lagi saya ni kaya dengan airmata tidak kira dimana berada. Hati saya cepat tersentuh apabila melihat kemiskinan masih bermastautin di Negara kita.

Saya bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yang bukan pengemis jalanan, walaupun hanya hidup dalam keadaan sederhana. Mempunyai 9 orang adik-beradik dan juga merupakan kakak yang paling sulung saya akan pastikan kehidupan akan lebih baik pada  masa depan yang bakal mendatang.

Kenduri Kendara Cuti Sekolah


Selamat Pengantin Baru Kepada Fatihah Dan Pasangan
Selamat Pengantin Baru Kepada Aisha Ahmad Dan Pasangan
Selamat Pengantin Baru Kepada Nurul Nadiah Dan Pasangan

Aktiviti Cuti Sekolah kenduri kendara rumah sahabat yang telah selamat diijab kabulkan. Tahniah kepada sahabat yang telah mendirikan rumah tangga." Welcome to the my club" hehehehe.

Kenduri-kenduri juga, tapi yang mana tengah On Diet jangan makan berlebihan. Nanti diet pun entah kemana. Alhamdulillah saya dikurniakan tubuh badan yang tidak besar, tetapi kurus dan tinggi.  Jadi tidak ada masalah untuk makan tapi juga tidak berlebihan.

Kesihatan tubuh badan bagi saya ada suatu yang utama dan perlu dijaga bagi mengelakan penyakit mencari pemangsa. Ingin merealisasikan impian langsing dan bergaya di Hari Raya bersama Set Kurus Shaklee.

Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue) 
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.
 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.