Friday, March 6, 2015

Power Of " DOA " di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya nak kongsikan cerita yang terindah bagi saya dan suami.

Anugerah yang paling terindah bagi saya dan suami adalah saat kami mengetahui yang kami akan bergelar ibubapa. 

Tarikh 13/2/2013 adalah satu tarikh yang amat mengecewakan diri saya sebagai seorang isteri dan bakal bergelar ibu. Segala harapan saya hancur berkecai bila disahkan doktor yang saya telah mengalami keguguran (Miss Abortion).

Tapi kami redha atas ujian daripada Yang Maha Esa, mungkin telah tertulis buat kami hanya sampai disini sahaja. Setelah mendapat sokongan daripada sahabat, saya kembali sedar dengan apa yang terjadi ialah perancangan terbaik daripada ALLAH S.w.t.

Sesungguh pun saya rasa kecewa, suami tabah mententeramkan jiwa saya. Suami banyak memberi kata-kata positif kepada saya bahawa rezeki kita hanya sampai disini. Tetapi setelah kian lama berusaha, setahun lebih sudah berlalu tanpa diduga dengan berkat kesabaran kami ALLAH telah menganugerahkan sesuatu yang terindah membuatkan saya menangis. 

Terima kasih YA ALLAH atas kurnian Mu memberikan kami berdua merasai kembali kenikmatan yang kami rasai dulu. Memberikan kami peluang kali kedua untuk bergelar ibubapa. Sungguh kami tidak menjangka, bahawa percaturan Mu begitu hebat. Hebat sekali YA ALLAH. Kami bersyukur atas kurniaan Mu YA ALLAH. 

Tangga 14 Julai 2014, kami bakal bergelar ibubapa kembali. Kali ini biarlah impian kami menjadi realiti. Mempunyai anak atas benih cinta serta kasih sayang antara kami. 

Terima Kasih YA ALLAH.... Janji Mu Pasti.... Kun Fa Ya Kun...
Hanya sekadar perkongsian kegembiraan....
Bila Anda baca mungkin saya sudah melahirkannya.......

Sunday, February 8, 2015

Hanya Sekadar Perkongsian

Assalamualaikum...

Hati pasangan mana yang tidak cemburu kepada pasangan lain sedangkan baru berkahwin tetapi telah hamil begitu juga saya. Walaupun saya nampak gembira tapi disebalik gembira ada duka. Walaupun setahun berlalu, saya tetap merasakan bahawa pasangan yang berkahwin sudah semestinya inginkan zuriat daripada perkahwinan mereka.

Sebelum ini saya mengalami keguguran pada usia 8 minggu, manakala saya hamil seawal lima bulan selepas berkahwin. Rezeki ALLAH hanya untuk saya dan suami hanya 2 bulan, sedih yang tidak dapat digambarkan oleh wajah. 

Selepas mengalami keguguran saya dan suami tetap berusaha untuk mendapatka zuriat yang kedua walaupun dinasihatkan doktor supaya berehat seketika kerana saya D&C. Bimbang jika ada bahagian dalaman masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam tempoh setahun selepas keguguran, saya telah mencuba Supelemen untuk menguatkan rahim saya. Tetapi masih tidak berhasil dan saya redha dengan kentetuan illahi terhadap saya dan suami. Kadang-kadang saya berfikir kenapa saya masih belum dikurniakan rezeki anak sedangkan pasangan lain yang mencuba suplemen sama seperti saya sudah hamil seawal empat bulan pengambilanya.

Saya tidak cepat putus asa, saya masih berfikir dimanakah kekurangan saya dalam pengambilan supelemen tersebut. Rupa-rupanya kesilapan saya adalah skip makan suplemen tersebut (dalam kata erti lain saya makan tidak secara konsisten) makan apabila ingat atau tidak teratur. huhuhuhu

Setelah mengetahui puncanya, saya mula mengambilnya secara konsisten dan berserah kepada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah akhirnya kebahagian itu milik saya dan suami.

Berusaha dan terus berusaha,
Jangan mudah berputus asa dengan apa yang terjadi,
Selagi belum tercapai apa yang dihajati,
Sentiasa berdoa kepada ALLAH yang maha mengetahui,
InshaALLAH apa yang dihajati akan dipenuhi,

Supelemen Tambahan Shaklee
SID : 1103522
pm/wassup/wechat : 0179307246 (sue)

Monday, January 19, 2015

Kek COKLAT CHEESE

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar warga blogger sekalian, Hari ni nak ceritakan kisah 3 hari lepas buat kek COKLAT CHEESE resepi dari sahabat saya masa belajar dulu.

Alhamdulillah first time buat kek ni menjadi dengan jayanya seperti kehendak cik puan yang membuat kek. hehehehehe

Jom layan gambar kek yang hanya dua keping je, hehehehe

Bissmillahirahmanirahim, nyum3



Friday, January 16, 2015

Rasanya Belum Terlambat !!!!!!

Alhamdulillah rasanya belum terlambat lagi saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua. Semoga tahun 2014 banyak memberi pengajaran yang berguna kepada kita semua,inshaAllah.

Mungkin anda semua pun dah ada azam baru untuk 2015 termasuk juga saya. Semoga azam baru kalian dan saya akan dipermudahkan serta terlaksana.

Saturday, December 6, 2014

Majlis Perkahwinan Adik

Assalamualaikum w.b.t

Hai... Haiii.... sudah lama tak update blog, hari ni terasa ringan je jari jemari untuk membersihkan habuk-habuk yang menempel dalam blog usang sue-shuhada.blogspot.com.

Hehehehe... hari ni rasa nak masukkan gambar perkahwinan adik yang sudah beberapa bulan pun berlalu. Sebelum ni tak ada masa nak masukkan kerana sibuk dengan tugas kerja hakiki.

Jom layan gambar-gambar yang tak berapa nak menarik tapi bahagia, hehehehe

Kad Jemputan design sendiri sesiapa yang berminat boleh pm ye, hehehe. Jimatkan kos perkahwinan

Sesi Outdoor  Pengantin Perempuan





Gambar tak menarik pun tapi boleh dijadikan kenang-kenangan. Semoga berbahagia hingga jannah.
 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.