Sunday, June 29, 2014

Tip-tip Sahur dan berbuka ketika Hamil

" Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa "

Hidangan makanan seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan bersat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketidakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa kehamilan.

Cara terbaik bagi ibu mengandung bersahur :-

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan di sepanjang berpuasa.
  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair
  • Bijiran berserat tinggi atau bran dengan susu krim rendah lemak
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang
** Elakkan minuman teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahidrat.


Cara terbaik bagi ibu mengandung berbuka Puasa :-
  • Tiga biji kurma dan jus (bagus ubtuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah.
  • Susu atau yogurt rendah lemak.
  • Sup jernih
Hidangan makanan seimbang mengandungi :-
  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai pembuka selera.
  • Protien daripada ayam, ikan, daging, kacang pis atau kekacang.
  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh.
  • Sayur-sayuran
** Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.

Suplemen yang sesuai untuk Ibu Mengandung :-

Pengedar Sah Shaklee Area Dungun.
Dapatkan bimbingan cara makan dan peluang jana pendapatan
2,3,4,5 angka sebulan anda tentukan
Pm/ Wassup/ Wechat : 017-9307246 (sue)
FB : Nor Shuhada
Page : Vitamin Shop
COD Area Dungun
Pos Ke Seluruh Malaysia.
Segala testimoni / penulisan tentang produk yang dikonsi dilaman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.