Saturday, June 14, 2014

IMPIAN bersama Suplemen Tambahan

 Assalamualaikum....

Setiap orang mempunyai impian, termasuk juga saya. Saya mempunyai banyak impian sampai tidak terkira impian saya. Salah satu impian saya untuk mengubah kehidupan saya dan keluarga kearah yang lebih sempurna.

Saya dan keluarga hanya menumpang di tanah milik kerajaan pada 20 tahun yang lalu sehingga kini. Sebelum ini ada ura-ura yang tanah ini akan diambil alih untuk dijadikan masjid. Saya berkira-kira dimanakah tempat untuk kami sekeluarga berteduh selepas ini.

Walaupun saya sudah berkahwin, alhamdulillah suami mengerti apa yang dilalui kami sekeluarga jika selepas ini kami terpaksa mengangkat kaki jua. Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Becerita kembali pasal impian, keluarga adalah yang utama. Semestinya yang terbaik akan saya buat untuk keluarga saya yang telah banyak berkorban untuk kami adik-beradik.

Walaupun kepayahan yang kami lalui sekeluarga, saya telah temui jalan untuk menambahkan pendapatan selain bekerja dan mempunyai gaji hanya cukup-cukup makan sahaja. Alhamdulillah saya masih bersyukur dengan rezeki ALLAH.

Perniagaan merupakan perkerjaan utama Abah sekarang sebagai ketua keluarga walaupun hanya penjual ikan dan sayuran. Alhamdulillah jika dengan izin ALLAH saya juga sudah bertatih-tatih memulakan perniagaan walaupun hanya kecil-kecilan.

Bermula memulakan perniagaan pada awal Januari 2014 sedikit sebanyak membantu menambahkan pendapatan saya dan suami untuk membantu keluarga. Bersyukur berada di dalam group yang sangat hebat, bersama mentor-mentor yang tidak pernah jemu untuk memberikan tunjuk ajar membuatkan diri berasa bertuah.

Mudah-mudahan akan terus berjaya didunia dan akhirat,bersama-sama master yang hebat. Sesungguhya rezeki itu datang daripada ALLAH s.w.t.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.