Saturday, June 14, 2014

Kemiskinan Hidup Di Bumi ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

Hanya sekadar perkongsian....

Kejadian pada minggu lepas, apabila saya ke Mydin Mart untuk membeli barang keperluan kerja. Tiba dikaunter pembayaran saya terlihat satu pasangan suami isteri dan seorang anak beliau juga ingin beratur untuk membayar barang yang dibeli.

Saya meneliti apa yang dibeli oleh Si Suami tersebut, hanya satu barang je yang ada ditangan beliau tapi menyebabkan saya ni rabun walaupun dah pakai spek tidak dapat melihat dengan jelas. Saya tengok lagi gelagat suami tersebut hanya wang syiling yang ada ditangan beliau. 

Sungguh pada masa itu niat dihati saya ini memang terdetik untuk membayarnya, kerana berasa sangat kasihan. Saya intai juga dalam beg duitnya, bukan tiada wang kertas tapi mungkin untuk menyimpanya kegunaan lain.

Sayu hati apabila melihat ada lagi segelintir manusia yang hidupnya begitu susah.Sedih yang teramat, tambah-tambah lagi saya ni kaya dengan airmata tidak kira dimana berada. Hati saya cepat tersentuh apabila melihat kemiskinan masih bermastautin di Negara kita.

Saya bersyukur dikurniakan kedua ibu bapa yang bukan pengemis jalanan, walaupun hanya hidup dalam keadaan sederhana. Mempunyai 9 orang adik-beradik dan juga merupakan kakak yang paling sulung saya akan pastikan kehidupan akan lebih baik pada  masa depan yang bakal mendatang.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.