Friday, March 6, 2015

Power Of " DOA " di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya nak kongsikan cerita yang terindah bagi saya dan suami.

Anugerah yang paling terindah bagi saya dan suami adalah saat kami mengetahui yang kami akan bergelar ibubapa. 

Tarikh 13/2/2013 adalah satu tarikh yang amat mengecewakan diri saya sebagai seorang isteri dan bakal bergelar ibu. Segala harapan saya hancur berkecai bila disahkan doktor yang saya telah mengalami keguguran (Miss Abortion).

Tapi kami redha atas ujian daripada Yang Maha Esa, mungkin telah tertulis buat kami hanya sampai disini sahaja. Setelah mendapat sokongan daripada sahabat, saya kembali sedar dengan apa yang terjadi ialah perancangan terbaik daripada ALLAH S.w.t.

Sesungguh pun saya rasa kecewa, suami tabah mententeramkan jiwa saya. Suami banyak memberi kata-kata positif kepada saya bahawa rezeki kita hanya sampai disini. Tetapi setelah kian lama berusaha, setahun lebih sudah berlalu tanpa diduga dengan berkat kesabaran kami ALLAH telah menganugerahkan sesuatu yang terindah membuatkan saya menangis. 

Terima kasih YA ALLAH atas kurnian Mu memberikan kami berdua merasai kembali kenikmatan yang kami rasai dulu. Memberikan kami peluang kali kedua untuk bergelar ibubapa. Sungguh kami tidak menjangka, bahawa percaturan Mu begitu hebat. Hebat sekali YA ALLAH. Kami bersyukur atas kurniaan Mu YA ALLAH. 

Tangga 14 Julai 2014, kami bakal bergelar ibubapa kembali. Kali ini biarlah impian kami menjadi realiti. Mempunyai anak atas benih cinta serta kasih sayang antara kami. 

Terima Kasih YA ALLAH.... Janji Mu Pasti.... Kun Fa Ya Kun...
Hanya sekadar perkongsian kegembiraan....
Bila Anda baca mungkin saya sudah melahirkannya.......

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.