Wednesday, July 16, 2014

Adakah Saya Mengandung????


Sekadar Perkongsian 
Majalah http://pama.karangkraf.com/



Bukan semua wanita yang baharu disahkan hamil mempunyai simptom awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah tanda-tanda kehamilan yang biasa apatah lagi jika diikuti dengan lambat datang haid.

Bagaimanapun ada wanita yang tidak langsung mengalami tanda-tanda tersebut, adakah ia normal? Jangan risau tentang hal tersebut, sebernarnya tanda-tanda setiap orang adalah berbeza-beza. Ini kerana bada manusia memberikan tindakbalas yang berbeza antara satu sama lain.

Ketahui beberapa tanda kehamilan berikut yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada anda tetapi tidak dialami oleh wanita lain yang melalui tanda kehamilan mual dan muntah. Bagaimanapun jangan khuatir dengan tanda-tanda kehamilan anda kerana ia sebenarnya menunjukkan janin dikandung adalah sihat.

  • Keluar lendir
Kehadiran cairan atau lendir berwarna putih atau kekuningan dari faraj anda. Tanda ini jarang dialami oleh wanita hamil. Ia menyebabkan anda berasa tidak selesa akan kerap menukar seluar dalam. Peningkatan hormon dan peredaran darah dalam faraj dalam badan ibu yang baharu hamil menyebabkan lendir keluar lebih banyak daripada biasa.

  • Kembung dan kejang
Kesakitan dibahagian perut seperti masuk angin membuatkan bakal ibu mengalami kejang dan kembung perut. Simptom ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Seeloknya elakkan makanan seperti taugeh, brokoli, kobis dan bunga kobis.

  • Terkencing
Tiba-tiba anda berasa mudah terkencing sekiranya sedang ketawa, bersin, batuk atau mengankat objek berat. Puncanya kerana kawasan pundi kencing terbuka kera ada janin sedang membesar dalam rahim anda. Rajinlah membuat latihan kegel dan jangan menahan air kencing.


  • Berdengkur
Mungkin sebelum ini anda tidak pernah berdengkur ketika tidur tetapi apabila baharu disahkan hamil, tidur anda diiringi dengan dengkuran kerana berlakunya radang pada membran yang menyebabkan lendir mengganggu pernafasan.



  • Mudah berpeluh
Tentu anda perasan yang secara tiba-tiba badan anda mudah berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan metabolisma badan dan peredaran darah dipam ke seluruh badan maka shu turut meningkat.


  • Masalah kulit 
Tiba-tiba muncul jerawat diwajah anda dan beberapa masalah kulit lain seperti tompokan hitam di wajah dan sebagainya. Jangan bimbang kerana ia masalah ketika hamil sahaja akibat badan mengeluarkan melanin lebih banyak sehingga menyebabkan tompok-tompok hitam pada muka.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.