Tuesday, February 25, 2014

Kepentingan Pengambilan Makanan

Kesihatan diri adalah aset yang paling berharga dalam kehidupan namun masih ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang kronik. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi sebagai langkah-langkah penjagaan kesihatan.

Pengambilan makanan yang bersih & berkhasiat adalah amalan pemakanan yang terbaik. Keperluan vitamin yang cukup menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”
**Sumber dari berita harian

Tip Diet Seimbang

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.

3. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

4. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

5. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.

6. Air kosong yang mencukupi.

Set Diet Bajet Shaklee dapat membantu anda untuk merealisasikan impian anda untuk menurunkan masalah berat badan dan membantu mengawal nafsu pemakanan yang terlampau anda alami. SET BAJET PILIHAN RAMAI...
 
 

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.