Wednesday, January 15, 2014


TAHUN 2014


Tahun 2014 telah pun membuka tirai pada Hari Rabu 2 minggu yang lepas..... Rasa macam sekejap je masa berlalu, 2013 telah jauh rupanya ditinggalkan dibelakang. 2014 pun semakin cepat berlalu dari hari ke hari... hehehehe... Bile teringatkan suka duka sepanjang 2013 rupanya perit masih terasa, sehingga menitiskan air mata... Sabarlah duhai hati moga ALLAH permudahkan segalanya. InShaALLAH....

Mesti korang terfikir ape masalah yang saya alami kan yang sampai sedih-sedih ni....Kalau korang nak tau saya pernah mengalami keguguran pada bulan 2 tahun 2013.. First son with my hubby, huahuahaua.. Memang sedih sangat-sangat time tu, xterluah dek kata-kata. 

Kisah dia cam ni, Saya keguguran pada bulan FEB 2013 disebabkan kerana tiada degupan jantung. 
Fisrt check up perut saya dekat klinik ibu dan anak. No. giliran saya dapat bilik doktor India dan pembantunya orang kita(Melayu la maksud saya). Lepas di panggil masuk Doc suruh saya duduk.. Doc tanya ape yang patut kepada saya. Lepas tu Doc scan perut saya dia kata tak dapat detect degupan jantung anak saya. Mase tu saya ok lagi tak de ape-ape perasaan sedih kerana saya fikir mase tu tak dapat detect cause saya baru prengnant dalam 8 minggu. Lepas scan perut Doc beritahu datang lagi dalam mase 2 minggu akan datang dan kita tengok macam mane. Saya pun just ok and then terus balik. Tanpa memikirkan yang kandungan saya tu ada masalah sebenarnya.

Pada temujanji ngan Doc yang kedua, saya just pergi check up masih lagi seorang. My hubby kerja mase tu tak dapat nak temankan saya. Lagipun saya lepas check up terus pergi kerja. Saya still masuk klinik ibu & anak and then tunggu no. giliran saya dipanggil. Bila tiba giliran saya dipanggil kali ni saya dapat bilik Doc melayu dan pembantunya juga melayu.. Saya ni mengalami HB rendah mase mengandung, sebab mak saya pun mengalami masalah yang same juga. Doc pun terkejut juga bile tengok kad merah saya HB rendah. Fisrt check up di Klinik Desa HB saya ok, bile check untuk yang seterusnya jadi semakin menurun(saya pun x thu kenape... huhuhuhu). Refer kepada Doc tadi, lepas tengok kad merah dia pun suruh saya tunggu sebentar kerana Doc nak sediakan barang untuk scan perut saya. Bile Doc ni scan perut saya masalah yang sama saya alami mase ngan Doc India 2 minggu yang lepas berulang. Degupan jantung anak tak dapat detect, mase tu saya ok lagi... Sebab fikir mungkin tak de ape-ape yg berlaku, tp bila Doc cakap mungkin awak ni mengalami missed abortion. Mungkin awak telah mengalami keguguran(Bile Doc cakap macam ni baru la naluri saya untuk kali pertama jadi Umi hancur)... Ape perasaan anda ketika itu,huhuhuhu Doc menenangkan perasaan saya mungkin tiada rezeki saya untuk kali ini. Saya terus bangun dan ucap Tq kepada Doc. Saya kene refer ke hospital daerah untuk D&C. 

Lepas tu, saya call my hubby, tapi saya tak boleh mengeluarkan suara untuk bercakap kerana sedih yang teramat. Hanya ALLAH yang tahu perasaan saya keitika itu. Saya cuba mencari kekuatan untuk bercakap ngan my hubby yang saya telah gugur. My Hubby pun cuti emegency terus balik berjumpa dengan saya sebab saya kene refer ke Hospital daerah. Akhirnya saya akui kata Doc tadi, kerana sampai sahaja di hospital daerah saya bleeding. Hospital daerah refer saya ke hospital Besar Negeri untuk buat D&C.

Bila saya duduk dalam wad Hospital Negeri, saya ingat saya je yang mengalami keguguran rupa-rupanya ramai lagi yang nasib serupa dengan saya tidak kira usia. Tapi yang sedihnya hanya saya yang gugur anak pertama. huhuhuhuhu

Sedihkan, sedih kisah saya sedih lagi kisah kawan saya yang sempat melahirkan anak untuk beberapa hari sahaja. Anaknya dijemput ALLAH untuk buat selama-lamanya.

Moga tahun ni akan dapat banyak mendapat keberkatan dalam hidup. Aminnnn...









0 comments:

Post a Comment

 

Copyright (c) 2010 SueShuhada. Design by WpThemesExpert
Blogger Template by New Blogger Templates.